Kelas ICT (Mic. Powerpoint) & Advokasi (Keselamatan Komputer)
24 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Mic. Powerpoint) dan Advokasi (Keselamatan Komputer). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Keselamatan Komputer dan kemahiran dalam Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 9 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan Keselamatan Komputer. Peserta diterangkan Keselamatan Komputer iaitu Apa yang sepatutnya dilakukan bagi mengawasi Kanak-kanak dalam talian, 4 kepentingan untuk melindungi komputer, 9 jenis insiden komputer yang dilaporkan di Malaysia dan berkenaan dengan Malware.
Seterusnya dalam Kelas ICT pula, 3 peserta menyambung tugasan mereka berkenaan 5 Slides Show Powerpoint bertajuk Jenayah Siber. Dalam kelas ini, mereka diberi peluang untuk menghasilkan karya mereka sendiri. Jika ada peserta yang perlukan tunjuk ajar kita akan membantu mereka bagi menghasilan Slides Show yang baik dengan idea peserta sendiri.
Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri kelas ini dapat menghasilkan olahan Slide Show yang terbaik.
# SEMOGA BERJAYA!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: